Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    MoU tingkat kesedaran mengenai golongan berkeperluan khas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 SEPT – Dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu Dart mengenai mereka yang berkeperluan khas, Dart Logistics Sdn Bhd (Dart) dan The Impian Project telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang berlangsung di Shell LiveWIRE Brunei, Ibu Pejabat Progresif, Gadong, hari ini.

    MoU berkenaan adalah untuk menyediakan latihan kesedaran golongan berkeperluan khas kepada pemandu-pemandu Dart.

    Hadir pada majlis berkenaan sebagai saksi bagi pihak Dart ialah Pegawai Komuniti dan Komunikasi Dart, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah.

    Menandatangani MoU bagi pihak Dart ialah Pemangku Pengurus Besar Dart Logistics Sdn Bhd, Dayang Siti Nor Syaahidah binti Haji Sahron dan Impian Project diwakili Pengasasnya, Dayang Lailatul Zubaidah binti Hussain dan Pengurus The Impian Project, Awang Shariff Yusof sebagai saksi.

    MoU itu merupakan kolaborasi pertama antara Dart dan The Impian Project dengan matlamat untuk mendidik pemandu-pemandu Dart mengenai amalan terbaik untuk berinteraksi dengan mereka yang berkelainan upaya.

    Ia merupakan sebahagian daripada misi Dart untuk membina asas yang kukuh bagi komuniti pemandu Dart dan menggalakkan mereka terlibat dengan pelbagai komuniti khususnya dengan individu yang berlainan upaya.

    YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah (kanan) dan dan Awang Shariff (kiri) menyaksikan Dayang Siti Nor Syaahidah dan Dayang Lailatul Zubaidah bertukar-tukar dokumen MoU.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...