Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Mourinho ‘100 peratus yakin’ De Gea kekal

SANTA CLARA, 23 Julai – Jose Mourinho telah memberikan ‘jaminan’ bahawa David de Gea (gambar) akan kekal bersama Manchester United musim ini, meskipun spekulasi berterusan mengenai potensi perpindahan ke Real Madrid.

Spekulasi perpindahan mengenai Dea Gea kembali ke kelab tanah air, Real, telah berjalan selama dua tahun, sejak perpindahan tidak menjadi penjaga gol itu ke Bernabeu dalam musim panas 2-15.

Tetapi menjelang pertembungan pra musim Piala Juara-Juara menentang Real, Mourinho telah memberikan mesej jelas mengenai masa depan pemain berusia 26 tahun itu.

Mourinho mengakui bahawa terdapat rundingan dengan Real yang menemui kegagalan musim panas lepas, namun percaya prospek kembali ke La Liga kini sudah menjadi kurang menarik bagi pemain antarabangsa Sepanyol itu.

“Saya boleh jami bahawa dia tidak akan pergi musim ini. Saya rasa ia sangat sukar untuknya pergi,” kata Mourinho.

“Saya tidak fikir perasaannya (terhadap Real) sangat bagus. Saya boleh melihatnya sangat gembira, fokus dan bekerja keras berbanding sebelumnya. Bagi saya, 100 peratus di kekal bersama kami.”

Sebelum penandatanganan 75 juta pound Romelu Lukaku, United berminat membuat urus niaga dengan Real bagi memburu pemain yang kini sudah milik Chelsea, Alvaro Morata. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -