Mourinho bakal kembali

LONDON, 10 Jan – Jose Mourinho dijangka membuat kemunculan dramatik ke Real Madrid selepas Manchester United membayarnya AS$19 juta sebagai bayaran pampasan berikutan pemecatannya bulan lalu, menurut media Britain.

Daily Mail melaporkan bahawa satu sumber yang rapat kepada Mourinho, di mana kontraknya akan berakhir selepas selesainya kempen 2019/20 bersama pilihan untuk meneruskan satu lagi musim – mendedahkan bahawa pampasan tersebut telah dibayar.

“Tiada isu berhubung kontrak Mourinho bersama Manchester United. Segala-galanya sudah disusun,” menurut laporan akhbar itu memetik sumber sebagai berkata.

“Dia kini boleh menggalas tugas baharu tanpa perlu tergesa-gesa. Dia sangat tenang mengenainya dan gembira untuk menunggu sehingga berakhirnya musim ini sekiranya diperlukan.”

Akhbar The Sun melaporkan bahawa United bersetuju untuk membayarnya berikutan pertemuan antara ejen Mourinho, Jorge Mendes dan timbalan pengerusi eksekutif United, Ed Woodward.

Pembayaran itu membuatkan pengendali dari Portugal berusia 55 tahun itu bebas untuk mendapatkan tugasan tetap di Madrid, sekalipun kecewa untuk mengakhiri kariernya selama dua tahun setengah di Old Trafford ketika tempoh Santiago Solari sebagai bos sementara juara Eropah itu berakhir.

Saat Mourinho memimpin Madrid antara 2010 hingga 2013, di mana dia berjaya menjulang gelaran liga dan Piala Sepanyol, namun menyaksikan mereka kerap menjadi pasukan kedua terbaik selepas Barcelona, sekali gus menyaksikan kariernya berakhir seperti di United dan Chelsea selepas beberapa keputusan kurang memuaskan. – AFP

Reaksi Mourinho sebelum menyaksikan bekas skuad kendaliannya Manchester United menentang City di Stadium Etihad, Manchester pada 7 April yang lalu. – Xinhua
SAHAM
TerdahuluMantapkan inisiatif
SeterusnyaCity belasah Burton