KINGSTON UPON HULL, 27 Jan – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho (gambar) membuat kenyataan sarkastik terhadap pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, selepas United menempah tempat ke final Piala Liga.
Sehari selepas Liverpool tersingkir daripada kejohanan tersebut oleh Southampton, United mara dengan agregat 3-2 meskipun tewas 2-1 dalam separuh akhir kedua awal pagi tadi.
Klopp berkata angin telah menjadikan keadaan sukar dalam kekalahan 1-0 Liverpool kepada Southampton dan Mourinho telah membuat kenyataan sarkastik apabila ditanya jika United adalah pasukan pilhan bagi kejuaraan itu.
“Saya tidak fikir kami pasukan pilihan menentang sesiapa sahaja,” katanya.
“Ia tidak kira di mana kami bermain, menentang siapa, kami tidak pernah menjadi pasukan pilihan. Pada kebiasaannya ia agak berangin dan sukar.”
Mourinho juga cuba mendakwa rekod tanpa kalah United masih tidak terjejas meskipun kalah di Hull.
Ia adalah kekalahan pertama United dalam 18 perlawanan, tetapi tidak bersetuju dengan keputusan yang membawa kepada jaringan pendahuluan Hull oleh Huddlestone menerusi sepakan penalti. Mourinho mendakwa keputusan akhir itu tidak sah.
“Kami tidak kalah. Ia adalah 1-1. Saya hanya menyaksikan dua gol,” kata pengurus United itu dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium KCOM.
“Saya hanya menyaksikan gol Paul Pogba dan gol (kedua) menarik mereka. Gerakan, hantaran lintang yang baik dan pemain di hujung gawang membuat penyudah. 1-1.” – AFP