Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho: Fokus pada Rostov

    MANCHESTER, 15 Mac – Jurulatih Manchester United Jose Mourinho (gambar) berharap pemainnya segera melupakan kekalahan kepada Chelsea dalam Piala FA dan memberi tumpuan kepada saingan Liga Europa bertemu Rostov, Jumaat ini.

    Ketika berdepan Blues, Ander Herrera dibuang padang dan United terpaksa beraksi 10 pemain untuk tempoh sejam sehingga menyaksikan Chelsea mengambil peluang untuk memastikan kemenangan 1-0.

    Untuk aksi bertemu Rostov, United memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat 1-1, namun jadual padat menyaksikan kecergasan pemain menimbulkan kerisauan.

    “Kami ada perlawanan penting dan saya mahu rehat sebentar dan selepas itu akan cuba lakukan persiapan dengan sebaik mungkin,” kata Mourinho selepas aksi dengan Chelsea.

    Ketika menentang Chelsea, penggantungan Zlatan Ibrahimovic dan kecederaan Wayne Rooney serta Anthony Martial bermakna Marcus Rashford terpaksa beraksi selaku penyerang tunggal.

    Namun untuk aksi dengan Rostov, masih belum pasti keadaan Rooney dan Martial ketika Ibrahimovic dan Herrera sudah pasti tidak dapat diturunkan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda