Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mourinho ‘gembira’ untuk Wenger

    LONDON, 8 Mei – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho (gambar) kembali menyalakan api permusuhannya dengan rakan sejawatannya di Arsenal, Arsene Wenger selepas pasukannya mengalami kekalahan 2-0 di Stadium Emirates.

    Gol-gol di separuh masa kedua oleh Granit Xhaka dan bekas pemain United, Danny Welbeck telah memberikan Arsenal kemenangan apabila Wenger berjaya mengatasi Mourinho dalam perlawanan Liga Perdana buat pertama kali dalam 13 percubaan.

    Mourinho mendakwa ‘keamanan’ tercapai antara dirinya dan Wenger sebelum perlawanan, tetapi selepas itu dia mempersoalkan rekod lemah warga Perancis itu ke atasnya dan menuduh Wenger terlalu memberikan tekanan ke atas pengadil keempat.

    “Para penyokong Arsenal gembira dan saya gembira untuk mereka,” kata Mourinho.

    “Ia adalah pertama kali saya meninggalkan Highbury atau Emirates dan mereka gembira. Sebelum ini saya meninggalkan Highbury atau Emirates, mereka menangis. Mereka berjalan dengan kepala tunduk.

    “Ia adalah kelab besar. Anda fikir saya gembira sebuah kelab besar seperti Arsenal tidak memenangi trofi? Saya tidak gembira tetapi hari ini saya cuba untuk menang.

    “Arsene Wenger bukan seorang pengurus biasa. Dia merupakan seorang pengurus yang terkenal. Mempunyai rekod kemenangan yang banyak (ke atas Wenger) dan tidak kehilangan apa-apa adalah bukan normal. Normal adalah menang, kalah, seri.

    “Saya tidak kisah mengenainya. Dan hari ini, tidak ada masalah. Kami bersalam sebelum dan selepas perlawanan.

    “Dan ketika perlawanan saya tidak suka apa yang saya tidak pernah suka: dia memberikan banyak tekanan ke atas pengadil keempat.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda