Mourinho rai kemenangan istimewa Roma

MILAN, 13 SEPT – Jose Mourinho berkata dia berasa seperti kanak-kanak apabila meraikan jaringan Stephan El Shaarawy ketika menang 2-1 mengatasi Sassuolo yang membawa pasukannya ke persada Serie A dalam penampilan ke-1,000 sebagai pengurus.

Pemain antarabangsa Itali, El Shaarawy meledak sepakan lencong pada minit ke-91 yang mencetuskan sambutan hangat dekat Stadio Olimpico di Rom dengan Mourinho berlari meraikannya bersama pemain di belakang gol.

“Hari ini saya bukan berusia 58 tahun, saya rasa seperti 10, 12, 14 tahun, kembali ketika anda mula mengimpikan karier dalam bola sepak,” kata Mourinho kepada DAZN.

“Minggu ini saya berbohong kepada diri sendiri kerana saya cuba meyakinkan diri ia bukanlah perlawanan istimewa, tapi ia sebenarnya perlawanan istimewa… Sepanjang hidup saya, saya akan mengingati perlawanan yang membawa 1,000 aksi kali ini. Saingan itu kelihatan menuju keputusan seri selepas gol pembukaan Bryan Cristante pada minit ke-37 disamakan Filip Djuricic sebelum sejam perlawanan dan kedua-dua pasukan banyak mensia-siakan peluang. – AFP

Pemain Aston Villa, Axel Tuanzebe (kiri) dicabar oleh Romelu Lukaku semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Aston Villa di Stadium Stamford Bridge di London. – AP