Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Mourinho ‘sedia untuk 15 tahun’ di Old Trafford

LOS ANGELES, 19 Julai – Pengurus Manchester United Jose Mourinho mendedahkan dia menyasarkan untuk kekal 15 tahun di Old Trafford dalam satu temubual ESPN semalam sambil menambah dia mahu untuk mengekalkan semula kestabilan era Alex Ferguson.

Mourinho yang mengambil alih pasukan Liga Perdana itu tahun lepas, memberitahu laman sesawang rangkaian itu dia perlu untuk menghasilkan kejayaan kukuh bagi jangka masa panjang sama seperti yang dilakukan Ferguson dalam masa hampir tiga dekad.

United belum memenangi gelaran Liga Perdana sejak persaraan Ferguson pada 2013, dengan kelab itu bergelut menemukan semula dominannya di bawah David Moyes dan Louis van Gaal.

Mourinho tidak pernah meluangkan lebih daripada tiga tahun sebagai pengurus kelab ketika kerjayanya dipenuhi trofi tetapi pengurus berusia 54 tahun itu bercakap ketika bersedia untuk menghadapi Manchester City di Houston pada Khamis dalam aksi terbaru jelajah AS mereka, menegaskan dia menyaksikan United sebagai projek jangka masa panjang.

“Saya sudah bersedia bagi kedudukan ini,” Mourinho memberitahu ESPN. “Saya bersedia bagi 15 seterusnya. Di sini? Ya, mengapa tidak?

Mourinho berhajat untuk kekal 15 tahun lagi demi kestabilan Manchester United. – AFP
Mourinho berhajat untuk kekal 15 tahun lagi demi kestabilan Manchester United. – AFP

“Saya perlu mengakui terlalu sukar kerana tekanan di sekitar tugasan kami. Semua orang meletakkan tekanan ke atas pengurus dan banyak perkara yang dikatakan orang ramai bahawa kami perlu menang tetapi realitinya hanya seorang boleh menang dan setiap tahun ia semakin sukar.

“Kelab ini, untuk beberapa tahun, adalah Sir Alex. Orang ramai sudah biasa dengannya; orang ramai faham kedudukan kestabilan yang hebat itu.

“Selepas David (Moyes) dan (Louis) Van Gaal, saya berada dalam tahun kedua dan berharap saya masih boleh kekal dan memberikan kestabilan yang dimahukan kelab. Saya akan mencuba tetapi sekali lagi, saya perlu untuk mencuba tetapi apa yang saya cuba setiap hari adalah apa yang saya usahakan.”

Mourinho percaya kendalian Ferguson selama 27 tahun di United tidak akan pernah dicuba dalam permainan moden. “Saya rasa kerjaya Sir Alex adalah unik,” kata Mourinho. “Saya tidak rasa kemungkinan untuk mengikut jejak itu.

“Tidak seorang pun berada dalam kelab yang sama buat beberapa tahun dan berada dalam liga yang sama buat beberapa tahun.

“Saya rasa (pengurus Arsenal) Wenger adalah pengurus yang terakhir dengan cerita yang sama dari segi permastautin di sebuah kelab buat masa yang lama. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -