Mourinho: Stoke miliki kekuatan tersendiri

LONDON, 23 DIS – Jose Mourinho berkata beliau dan pemain Tottenham Hotspur tidak akan mengambil mudah cabaran bakal diberikan pasukan divisyen kedua, Stoke apabila mereka bertemu awal pagi esok di suku ak-hir Piala Liga.

Pengendali kelahiran Portugal itu berhasrat untuk membawa pulang trofi selepas beberapa pengurus sebelum ini gagal selepas kali terakhir meraih Piala Liga pada 2008.

Bagaimanapun, beliau berkata jurang antara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Kejuaraan semakin dekat berbanding sebe-lumnya sekali gus menjelaskan bahawa Stoke bakal menjadi lawan yang sukar untuk dikalahkan.

“Semua mahu perkara yang sama (meraih trofi). Malah Liga Kejuaraan sejak dekad yang lalu, perbezaan dengan EPL sudah minimum.

“Pasukan di sana sangat bagus. Mereka mempunyai pemain dan jurulatih yang baik,” kata Mourinho.

Spurs menduduki tangga keenam EPL, enam mata di belakang pendahulu, Liverpool dan berjaya melepasi peringkat kumpulan Liga Europa. – AFP