Mourinho tidak sabar bertemu United

LONDON, 19 JUN – Pengurus Tottenham, Jose Mourinho berharap dapat membalas dendam terhadap bekas kelab kendaliannya Manchester United, sementara Liverpool berhasrat untuk melangkah menuju bagi kemenangan liga ketika Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali semula hujung minggu ini.

EPL buat pertama kalinya merasakan perlawanan tanpa penonton dengan protokol kesihatan yang ketat pada perlawanan Rabu lalu antara Aston Villa dan Sheffield United dan Manchester City menentang Arsenal setelah kempen kembali semula.

Walaupun keadaan sunyi, masih banyak jadual perlawanan yang harus diteruskan dengan pertembungan antara Tottenham dan Manchester United antara perlawanan yang sangat penting untuk kelayakan Liga Juara-Juara musim depan. Kedua-duanya berada di luar dari kedudukan empat teratas liga dengan baki sembilan perlawanan sahaja lagi. Namun, kedudukan United di tangga kelima cukup baik untuk mendapatkan kembali Liga Juara-Juara sekiranya Manchester City digantung dua musim daripada pertandingan Eropah.

Spurs mendapat kelebihan ketika EPL ditangguhkan selama tiga bulan, di mana sebelum EPL ditangguhkan, Mourinho menghadapi kesukaran dengan ramai pemainnya mengalami kecederaan seperti Harry Kane, Son Heung-min, Moussa Sissoko dan Steven Bergwijn yang mana kini tampaknya mereka telah kembali pulih dan dapat meneruskan kempen mereka.

“Kami sekarang berada di posisi yang lebih baik berbanding sebelumnya,” kata Mourinho.
“Kami gembira Harry dan Sonny kembali, pemain dalam keadaan terbaik dapat menjaringkan gol dan sebagainya. Mereka memberi kami kekuatan di bahagian serangan.”

United adalah pasukan yang terbaik dalam liga. Pasukan Ole Gunnar Solskjaer belum pernah tewas dalam 11 perlawanan, di mana mereka juga mendapat manfaat semasa penangguhan tiga bulan ketika Marcus Rashford dan Paul Pogba kembali dari kecederaan. – AFP

Jose Mourinho berharap dapat membalas dendam terhadap Manchester United ketika Liga Perdana Inggeris kembali semula pada hujung minggu ini. – AP