Moyes bantu West Ham capai impian

LONDON, 19 NOV – Pengurus West Ham, David Moyes sedang menikmati kebangkitan yang telah lama ditunggu-tunggu selepas bertahun-tahun berada dalam bayangan ketika bos dari Scotland itu mendalangi usaha kelabnya yang tidak dijangka untuk mara ke Liga Juara-Juara UEFA.

Moyes membantu The Hammers meningkat naik dalam Liga Perdana Inggeris dan kemenangan ke atas Wolves hari ini akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam senarai empat teratas.

West Ham telah memenangi empat perlawanan liga terakhir mereka dan naik ke tempat ketiga dengan kemenangan mengejut 3-2 ke atas Liverpool sebelum rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Hanya berada tiga mata di belakang pendahulu Chelsea, anak buah Moyes membuatkan peminat mereka mengimpikan kempen Liga Juara-Juara buat pertama kalinya.

Buat kali pertama sejak 1985 dan 1986, apabila pasukan John Lyall menduduki tempat ketiga, West Ham boleh muncul sebagai pasukan yang bakal menang mengejut dalam perlumbaan kejuaraan. – AFP