Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Moyes cuba selamatkan Sunderland

    LONDON, 31 Jan – Pengurus Sunderland David Moyes (gambar) meletakkan kepercayaannya terhadap pemain antarabangsa Costa Rica, Bryan Oviedo dan midfield Ireland Darron Gibson dalam membantu pasukan Liga Perdana itu daripada tersingkir dengan menandatangani mereka dari bekas kelabnya Everton, semalam.

    Oviedo, 26, menandatangani kontrak selama tiga tahun setengah dan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pertahanan Patrick van Aanholt yang menyertai kelab Crystal Palace, awal semalam.

    Gibson, 29 dan yang menandatangani kontrak 18 bulan, seperti Oviedo beraksi di bawah Moyes ketika di Everton sebelum pengurus dari Scotland itu tidak gembira di Manchester United.

    Oviedo dan Gibson menyaksikan masa mereka di Everton dibayangi kecederaan bersama bekas pengurus itu yang hanya membuat 68 kemunculan dalam tempoh empat tahun setengah, walaupun ia juga bergantung kepada rentak pemain veteran Leighton Baines, sementara Gibson hanya beraksi 69 kali dalam tempoh lima tahun.

    “Bryan adalah pemain bagus dan dia membantu kami untuk terus ke depan,” Moyes memberitahu laman sesawang kelab itu. “Dia pantas dan pada keseluruhannya dia seorang pertahanan kiri yang bagus.

    “Saya menandatanganinya bagi Everton dari Copenhagen sebagai pengganti bagi Leighton Baines pada ketika itu dan dia hanya tidak berjaya seperti Leighton melakukannya.

    “Dia berusia 26 tahun dan usia yang bagus bagi kami dan saya rasa dia memiliki ciri-ciri yang bagus, seorang pemain yang baik dan saya berharap akan membantu kami.”

    Moyes yang menandatangani ini seorang lagi bekas veteran Everton Joleon Lescott berkata, dia berharap Gibson akan memberikan lebih banyak gol yang diperlukan dari midfield. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda