Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mozambique tanam 100 juta pokok

    JOHANNESBURG, 9 FEB – Mozambique, dengan pinggir lautnya dimusnahkan oleh paras laut yang meningkat dan ribut tropika, mengumumkan rancangan semalam untuk menanam lebih 100 juta pokok untuk memulihkan pokok bakaunya.

    Sebahagian besar pokok bakau di sepanjang garis pinggir 2,500 kilometer telah dihapuskan oleh paras laut tinggi dan pengutipan kayu api untuk dijadikan arang.

    Kementerian Laut dan Perairan Pedalaman berkata ia merancang menanam sehingga 100 juta pokok dalam tempoh tiga dekad di tengah wilayah Sofala dan Zambezia merangkumi 185,000 hektar hutan bakau.

    “Kawasan 185,000 hektar ini adalah sama dengan saiz Paris, Manhattan dan London. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...