Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Mozambique umum eksport LNG pertama

    MAPUTO, 13 NOV – Mozambique telah memulakan eksport gas asli cair (LNG) yang dihasilkan di kawasan utara negara itu, kata Presiden Filipe Nyusi hari ini.

    Hantaran eksport pertama gas yang dihasilkan di kilang luar pesisir Coral Sul, dikendalikan oleh syarikat Itali Eni, telah meninggalkan perairan wilayah, kata Nyusi dalam satu kenyataan video.

    “Hari ini, Mozambique memasuki catatan sejarah dunia sebagai salah sebuah negara pengeksport LNG,” kata Nyusi.

    Beliau berkata hantaran adalah yang pertama di bawah perjanjian dengan syarikat gergasi British BP, tanpa memberikan butir-butir lanjut.

    Mozambique telah menaruh harapan tinggi pada simpanan gas asli negara – terbesar pernah ditemui di selatan Sahara – yang ditemui di utara wilayah Cabo Delgado pada 2010.

    Anggaran telah menunjukkan sebaik sahaja semua deposit gas dieksploitasi sepenuhnya, Mozambique bakal menjadi salah satu daripada 10 pengeksport terbesar dunia.

    Kilang LNG pertama bertempat di perairan dalam di luar Afrika, Coral Sul boleh menghasilkan 3.4 juta tan LNG setahun.

    Ketua Pegawai Eksekutif Eni, Claudio Descalzi mengalu-alukan hantaran gas pertama sebagai ‘langkah ke hadapan’ dalam strategi firma untuk menggunakan gas sebagai sumber yang boleh menyumbang kepada jaminan tenaga Eropah, juga menerusi pempelbagaian bekalan yang semakin meningkat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...