Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    MPC agih pakej penjagaan untuk kakitangan positif COVID

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Syarikat Pelabuhan Muara Sdn Bhd (MPC) telah mengagihkan Pakej Penjagaan sebagai sejenis sumbangan kepada kakitangannya yang positif COVID-19 dan ia dapat menceriakan mereka apabila menerima pakej-pakej penjagaan di kediaman mereka.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPC, di sini, pakej-pakej penjagaan itu merangkumi barangan keperluan asas dan kit ujian pantas antigen (ART) di mana ia diagih-agihkan kepada 53 orang kakitangan yang dikenal pasti positif COVID sejak
    awal 2022.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa sumbangan itu disampaikan kepada penerima yang telah menamatkan pengasingan diri di rumah dan Perintah Kuarantin oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zeng Caili dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Awang Mohd Fazilah bin Haji Mohd Yassin dan Ketua Pegawai Kewangan, Lyu Guoli.

    Pakej-pakej penjagaan berkenaan kemudian dihantar oleh wakil setiap jabatan kepada kakitangan-kakitangan yang masih berada di bawah pengasingan diri di rumah dan Perintah Kuarantin.

    Inisiatif berterusan itu merupakan sebahagian daripada kesejahteraan kakitangan MPC serta usaha berterusan syarikat untuk meningkatkan semangat dan motivasi kakitangan semasa tempoh memerlukan mereka serta pada masa yang sama, membantu untuk meringankan bebanan kakitangan dalam mendapatkan barangan keperluan harian serta kit
    ART.

    Zeng Caili menyampaikan pakej penjagaan kepada salah seorang penerima yang telah menamatkan perintah pengasingan di rumah. – Gambar serahan MPC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...