Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan MPC
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat dan amal tahunannya, Muara Port Company (MPC) telah melaksanakan dan menyumbangkan barangan keperluan harian kepada 12 penerima daripada keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Mukim Serasa.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MPC, hari ini, kegiatan amal, Ihsan Kasih itu bermatlamat untuk membantu keluarga-keluarga di sekitar Mukim Serasa dalam meringankan bebanan keluarga berkenaan semasa bulan suci Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Kegiatan amal itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPC, Zeng Caili dan Ketua Pegawai Operasi MPC, Awang Fazilah Yassin.
Turut hadir semasa kegiatan berkenaan ialah pengurusan dan kakitangan MPC.
MPC dalam kenyataannya akan terus melaksanakan komitmennya dengan menyediakan sokongan komuniti berterusan dalam pelbagai program dan projek sosial, serta pada masa yang sama, menanamkan semangat kebajikan, murah hati dan kebaikan dalam kalangan pengurusan dan kakitangan MPC.