Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 11 April – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Beruang akan mengadakan Kejohanan Futsal Bawah 23 dan Bawah 12 Tahun selama empat hari di Gelanggang Futsal Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, Tutong.
Kejohanan yang bakal diadakan pada 27 dan 29 April serta 4 dan 6 Mei 2018 itu nanti akan membukakan dua kategori kejohanan iaitu Kategori A bagi mereka yang berumur 23 tahun ke bawah dan bagi Kategori B iaitu bagi mereka yang berumur 12 tahun ke bawah
Tiap-tiap pendaftaran akan dikenakan bayaran yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa acara mengikut kategori yang dipertandingkan.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan tersebut, borang-borang bolehlah didapati daripada ahli-ahli Jawatankuasa MPK Bukit Beruang iaitu bagi Daerah Brunei dan Muara, Haji Hairul Azri, bagi Daerah Tutong Haji Mohd Amirrul Azim dan bagi Daerah Belait, Weh. Tarikh tutup pendaftaran kejohanan futsal tersebut adalah pada 26 April nanti.