MPK Bukit Panggal benam Bang Dalam FC

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 11 Feb – Saingan Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) 2018 diteruskan lagi dengan dua perlawanan menarik di Padang Kompleks Sukan Tutong, kelmarin.

Pada sebelah petang, Pasukan MPK Bukit Panggal menang bergaya dengan mengalahkan Bang Dalam FC dengan jaringan 4-1 dalam aksi Kumpulan B, Liga TDAFA 2018.

Dalam perlawanan tersebut, Bang Dalam FC mendahului jaringan pada minit ke-14 perlawanan menerusi Shafiee Hamdan. Sementara jaringan bagi Pasukan MPK Bukit Panggal dibuat oleh Mohd Syamin Hakime yang mencetak dua gol, manakala Mohd Musdi dan Mohd Pezali mencetak satu gol.

Pada perlawanan di sebelah pagi pula menyaksikan Pasukan PSJD Jr mengalahkan Pandan 14 dengan jaringan 3-0 dalam saingan Kumpulan A, Liga TDAFA 2018.

Perlawanan liga ini akan diteruskan lagi pada 17 Februari ini dengan menyaksikan empat buah pasukan berentap iaitu Pasukan Gladiator Force FT menentang Pasukan PMS dan Pasukan T. Team menentang Azmainshah FC. Kedua-dua perlawanan tersebut akan diadakan di Padang Kompleks Sukan Tutong.

Antara aksi menarik ketika Pasukan Bang Dalam FC menentang MPK Bukit Panggal dalam Perlawanan Liga TDAFA 2018 di Padang Kompleks Sukan Tutong.