Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Danau anjur Walkaton Kebersihan

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 8 Mei – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau, Daerah Tutong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Danau kelmarin telah mengadakan Walkaton Kebersihan di sepanjang jalan Kampung Danau.

    Acara walkaton berkenaan dimulakan dari Masjid Kampung Danau dan seterusnya menuju ke Jeti Kampung Danau hingga ke Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau dan kembali semula ke masjid berkenaan.

    Hadir menyertai aktiviti dua dalam satu itu ialah Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Haji Mohd Tahir, Penasihat MPK Danau, Mejar (B) Haji Ali bin Haji Ahmad bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Danau, ahli-ahli MPK dan Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Danau, penduduk Kampung Danau serta sekitarnya.

    Sebelum acara walkaton, aktiviti dimulakan dengan sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan diikuti dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

    Aktiviti berkenaan bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk menjaga kebersihan kampung iaitu dengan mengutip sampah di sepanjang bahu jalan di samping mengadakan aktiviti sihat seperti walkaton.

     

    Acara walkaton yang diselajurkan dengan kempen kebersihan di sepanjang jalan Kampung Danau.
    Acara walkaton yang diselajurkan dengan kempen kebersihan di sepanjang jalan Kampung Danau.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda