Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Danau kunjungi rumah terbuka

    Oleh Normazlina M.D

    TUTONG, 30 Jun – Sudah menjadi adat masyarakat kita berkunjung ke rumah-rumah semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemaafan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga dan sahabat handai.

    Sehubungan itu, ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Danau mengambil kesempatan sempena bulan Syawal yang mulia ini untuk berkunjung ke rumah terbuka ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit yang juga selaku penghulu Mukim Telisai di Kampung Telisai, baru-baru ini.

    Hadir mengetuai rombongan tersebut ialah Pemangku Ketua Kampung Danau, Haji Abdullah bin Tahir.

    Kunjungan yang merupakan kali kedua diadakan oleh ahli-ahli MPK itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwah silaturahim bersama Penghulu Mukim Telisai di samping dapat mengenali antara satu sama yang lain terutama anak-anak buah kampung di bawah Mukim Telisai.

    Dalam pada itu, ahli-ahli MPK Danau dan Penghulu Mukim Telisai juga berharap kerjasama akan terus terjalin dalam melakukan apa saja kegiatan yang berkaitan dengan Kampung Danau dan Mukim Telisai.

    Ahli-ahli MPK Danau bergambar ramai bersama Yang Berhormat Haji Ramli semasa majlis rumah terbuka Penghulu Mukim Telisai yang diadakan baru-baru ini.
    Ahli-ahli MPK Danau bergambar ramai bersama Yang Berhormat Haji Ramli semasa majlis rumah terbuka Penghulu Mukim Telisai yang diadakan baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda