MPK Jerudong B sampaikan sumbangan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Ketika negara berusaha menangani penularan COVID-19, masyarakat yang terjejas tidak dilupakan apabila pelbagai pihak menghulurkan sumbangan.

Kelmarin, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B melalui Biro Wanita telah menyerahkan bantuan berupa barang keperluan harian kepada mereka yang ditempatkan di Kem Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Lumut.

Penyerahan disempurnakan oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang di Balai Pengawal 3BN Perkhemahan Lumut.

Dengan adanya sumbangan berkenaan dihasratkan dapat meringankan lagi bebanan mereka yang memerlukan semasa musim penularan wabak COVID-19 ini.

Menurut MPK tersebut, jika ada kesempatan sumbangan serupa akan diteruskan bagi memenuhi keperluan pihak tertentu khusus kepada mereka yang memerlukan.

Awang Kamis menyempurnakan penyampaian sumbangan di Balai Pengawal 3BN Perkhemahan Lumut.