Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Mumong A & B semarak Hari Kebangsaan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 18 Feb – Dalam menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34, tahun 2018, Majlis Perundingan Kampung Mumong A dan B, telah mengadakan upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan di kediaman ketua kampung tersebut di sini.

    Ketua Kampung Mumong, Haji Mohd Yusof bin Haji Dulamin memberitahu hari ini, majlis tersebut yang turut melibatkan penyertaan kalangan kanak-kanak yang dihasratkan untuk menyuntikkan semangat patriotisme sedari usia kecil lagi.

    Menurutnya lagi, ia juga adalah untuk menanamkan rasa kecintaan terhadap tanah air dan menambahkan pengetahuan mereka tentang upacara tersebut yang merupakan salah satu tanggungjawab untuk dilakukan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan negara pada setiap tahun oleh rakyat dan penduduk di negara ini.

    Antara yang menyertai Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan di kediaman Haji Mohd Yusof.

    “Ianya juga adalah bagi mendukung hasrat dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi pembangunan dan kesejahteraan negara selaras dengan Wawasan Negara 2035 dan juga tema sambutan tahun ini ‘Menjayakan Wawasan Negara’,” katanya.

    Upacara itu turut dihasratkan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat bagi sama-sama mengibarkan bendera kebangsaan sebagai menandakan Sambutan Hari Kebangsaan ke-34 telah dimulakan.

    Selain itu, ia bertujuan mengalu-alukan seluruh rakyat dan penduduk untuk bersama-sama menyertai dan menyaksikan acara kemuncak sambutan itu nanti yang akan berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan pada 24 Februari ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda