Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    MPK Penanjong adakan Peraduan Dikir Syarafil Anam

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 9 Julai – Bagi menggalakkan perkembangan dikir di negara ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penanjong dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penanjong bersama Biro Wanita MPK Penanjong dan Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Kampung Penanjong telah mengadakan Peraduan Dikir Syarafil Anam di Masjid Kampung Penanjong, Tutong, petang tadi.

    Kumpulan An-Nur dari Masjid Kampung Penanjong telah menjuarai peraduan tersebut yang diikuti oleh Kumpulan Safa An Nisa dari Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong di tempat kedua dan Kumpulan Ar-Rayyan Varisha dari Masjid Kampung Penanjong di tempat ketiga.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah isteri Pegawai Daerah Tutong, Dayang Lunayati binti Tuah.

    Isteri Pegawai Daerah Tutong menyampaikan hadiah kepada peserta Kumpulan Safa An Nisa.
    Isteri Pegawai Daerah Tutong menyampaikan hadiah kepada peserta Kumpulan Safa An Nisa.

    Sebanyak enam buah pasukan bertanding dalam peraduan tersebut iaitu Ar-Rayyan Varisha, An-Nur, Wadaah, Al-Waqiah, Safa An Nisa dan Mar’atul Mumtazah.

    Peraduan berkenaan diadakan sebagai usaha untuk menggalakkan lebih ramai rakyat dan penduduk khususnya di Daerah Tutong mempelajari dan menghalusi bacaan Dikir Syarafil Anam.

    Selain itu, ia juga akan dapat mengukuhkan lagi ikatan silaturahim dalam kalangan peserta pertandingan bagi setiap mukim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda