Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong ‘A’, kelmarin, telah mengadakan kerja memucang-mucang membersihkan Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Jalan Jerudong, Kampung Sengkurong ‘A’.
Kerja memucang-mucang itu juga disertai oleh ahli-ahli SUMUS, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong, ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampung Sengkurong ‘A’ dan kakitangan Balai Polis Sengkurong, penduduk kampung serta ahli keluarga dan waris mereka yang disemadikan di tanah perkuburan tersebut.
Kempen berkenaan merupakan projek kebajikan rutin yang antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peserta kempen sambil beramal.
Ia juga disertai oleh penghulu Mukim Sengkurong dan ketua Kampung Sengkurong sebagai tanda menyokong aktiviti tahunan berkenaan.
