Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    MPK Sengkurong ‘A’ rai Aidilfitri

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong ‘A’, kelmarin, telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang berlangsung di Restoran KJ Sengkurong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penasihat MPK Sengkurong ‘A’, Dato Paduka Haji Mohd Kassim bin Haji Johan.

    Ketua Kampung Sengkurong ‘A’, Haji Abdullah Hanif bin OKMD Haji Saman selaku Pengerusi MPK Sengkurong ‘A’ menyatakan bahawa acara itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli MPK dan penduduk kampong.

    Dalam ucapan alu-aluannya di majlis itu, beliau juga mengajak para belia dan beliawanis kampung itu untuk menceburi dan bergiat dalam MPK sebagai pelapis dan bakal menggantikan ahli-ahli MPK yang ada sekarang setelah mereka bersara.

    Acara itu diserikan dan dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah dan pelbagai juadah turut dihidangkan untuk para hadirin yang terdiri dari ahli-ahli MPK dan penduduk kampung sekitarnya.

    Gambar ramai para ahli MPK dan jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
    Gambar ramai para ahli MPK dan jemputan yang hadir di majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...