Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    MPK Sg Liang anjur kempen kebersihan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 24 OKT – Sebagai sebahagian daripada kempen kebersihan di sekitar Taman Rekreasi Hutan Sungai Liang, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Liang telah menganjurkan beberapa aktiviti, kelmarin.

    Kempen tersebut dihadiri oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Mohammad Abdul Hadi bin Haji Mohd Syarifuddin.

    Beliau diiringi penghulu mukim dan ketua kampung di bawah Zon 1 Daerah Belait.

    Antara aktiviti yang diadakan termasuk penanaman anak pokok, mengecat padang futsal dan gelanggang papan selaju di taman, membuang sampah-sarap dan juga lalang.

    Selain membersihkan persekitaran premis, kempen juga bertujuan mempersiapkan tamu untuk acara yang dijangka diadakan di taman berkenaan pada akhir bulan ini di mana pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan akan diadakan.

    Penanaman pokok juga diadakan sebagai sebahagian daripada sokongan MPK Sungai Liang terhadap inisiatif Protokol Hijau untuk mencapai matlamat negara yang ditetapkan oleh Dasar Perubahan Iklim Kebangsaan.

    Awang Mohammad Abdul Hadi mengecat padang futsal semasa kempen yang diadakan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -