Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    MPM percaya kemampuan Hannah Yeoh

    KUALA LUMPUR, 4 DIS – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) percaya Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik, Hannah Yeoh berupaya mengangkat martabat ‘Pergerakan Paralimpik’ Malaysia ke tahap yang lebih baik.

    Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin yakin pengalaman Hannah sebagai bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini pasti membantunya untuk berada dalam kedudukan lebih baik untuk memahami cabaran dihadapi Orang Kurang Upaya (OKU).

    Megat D Shahriman berkata, ini berikutan kementerian yang pernah diduduki Hannah mengendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang melaksanakan program buat OKU dan menguruskan Kad OKU. “Melalui pengalaman beliau dalam kementerian dahulu, saya amat berharap YB Hannah akan lebih memahami keperluan OKU dan memberikan sokongan yang sewajarnya untuk terus memacu kedudukan Paralimpik di negara kita dan menghapuskan ketidaksamarataan terhadap OKU,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    “Kami akan terus memainkan peranan menyokong inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan OKU melalui sukan.

    “Kami mempunyai atlet para bertaraf dunia yang telah mencapai pelbagai kejayaan. Kami juga mempunyai sistem sokongan kerajaan yang kukuh untuk mempromosikan sukan para di negara ini,” katanya. – Bernama

    Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh Tseow Suan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...