MPOB cipta sistem pengesan ulat bungkus pertama dunia

KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah mencipta satu sistem pengesan automatik pertama di dunia bagi mengesan spesies ulat bungkus ‘Metisa plana’, salah satu spesies utama serangga pemakan daun pokok sawit.

MPOB berkata serangan ulat bungkus sederhana boleh mengakibatkan kehilangan hasil sawit sehingga 43 peratus.

“Berdasarkan data MPOB pada tahun 2016, kerugian ekonomi kepada penanam sawit akibat serangan ulat bungkus adalah sekitar RM24 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia menambah adalah menjadi kesalahan sekiranya ulat bungkus tidak dikawal dan pemilik ladang boleh diambil tindakan di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

“Teknologi ciptaan penyelidik MPOB ini yang diketuai oleh Mohd Najib Ahmad, dikenali sebagai Alat Pengesan Automatik Ulat Bungkus atau ringkasnya Oto-BaC. – Bernama