Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Mr Happy Face, anjing paling hodoh di dunia

    PETALUMA, AMERIKA SYARIKAT, 26 JUN – Dengan rambut gaya punk dan lidah yang terjelir keluar di tepi mulutnya, seekor anjing bernama Mr Happy Face telah dinobatkan sebagai anjing paling hodoh di dunia.

    Baka anjing jenis Chinese Crested Dog berusia 17 tahun itu telah menewaskan sembilan pesaing lain pada Jumaat lalu dalam Pertandingan Anjing Paling Hodoh di Dunia iaitu sebuah acara tahunan yang diadakan di Petaluma, California.

    Anjing tersebut dipelihara pada tahun lalu oleh seorang pemuzik Arizona berusia 41 tahun, Jeneda Benally.

    Ketika di tempat perlindungan haiwan, Jeneda diberitahu tentang seekor anjing yang sudah tua dengan masalah kesihatan.

    Dia berkata Mr Happy Face sebelum ini tinggal dalam keadaan tidak terurus yang dijaga oleh pemilik sebelumnya.

    “Ia kini terselamat daripada penderaan dan pengabaian,” katanya. Doktor haiwan juga mengatakan bahawa dengan kesihatannya yang lemah, anjing itu mungkin hanya mampu hidup beberapa minggu.

    “Hobinya tidur, berdengkur dan membuat bunyi ganjil apabila ia gembira,” tambah Benally. Penganjur peraduan turut menyatakan bahawa: “Anjing dari semua baka dan saiz telah menyentuh hati kami dan memenuhi hidup kami dengan cinta tanpa syarat. Acara yang terkenal di dunia ini meraikan ketidaksempurnaan yang menjadikan semua anjing istimewa dan unik.” – AFP

    Reaksi Jeneda Benally ketika anjingnya diumumkan sebagai juara Pertandingan Anjing Paling Hodoh Dunia di Petaluma, California pada Jumaat lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...