Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MRSB aktif kendali aktiviti keagamaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar terus aktif mengendalikan aktiviti keagamaan dengan baru-baru ini mengadakan majlis khatam Al-Quran secara bersemuka dan menerusi aplikasi Zoom di masjid berkenaan.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan penaung bersama MRSB, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah penasihat takmir masjid, pegawai masjid dan jemaah MRSB yang juga tidak melepaskan peluang mengima-rahkan masjid dengan membaca Al-Quran.

    Majlis khatam yang disertai oleh seramai 40 jemaah MRSB dan penduduk Kampung Sungai Akar dan orang ramai itu bermatlamat untuk memberi galakan kepada peserta supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran dengan penuh istiqamah selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah dan orang ramai.

    Sebagai usaha berterusan, MRSB turut bergiat aktif dengan mengadakan Murattal Subuh siri ke-18 yang bermula hari ini selepas solat Subuh.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan antara yang menyertai majlis itu. – Gambar serahan MRSB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...