Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    MRSB anjur majlis khatam sempena Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74, Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Khatam Al-Quran 74 kali Khatam, baru-baru ini.

    Majlis diadakan di ruangan masjid dan secara maya itu disertai oleh 250 peserta yang terdiri daripada kalangan penduduk Kampung Sungai Akar dan kawasan sekitarnya yang mana acara khatam ini telah bermula pada 12 Januari lalu.

    Turut menyertai dalam majlis tersebut, Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Apong selaku penaung MRSB; Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohammad Yussof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Antara lain tujuan majlis ini adalah bagi mendapatkan fadilat dan pahala ganjaran membaca Al-Quran disamping menzahirkan rasa syukur, taat dan kasih kepada Baginda Sultan yang telah memimpin dan menerajui negara Brunei dengan penuh berkat dan jayanya.

    Turut menyertai dalam majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali selaku penaung MRSB, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan.
    ATAS & BAWAH: Seramai 250 peserta menyertai Majlis Kesyukuran dan Khatam Al-Quran 74 kali Khatam bersempena dengan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-74.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...