MRSB anjur sesi dialog

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Orang ramai akan berpeluang menyaksikan tazkirah diikuti dengan sesi dialog dan silaturahim yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) pada pukul 5 petang, 3 Julai ini.

Tazkirah bertajuk ‘Nilai Ibadah dan Usia’ diikuti dengan sesi dialog itu nanti akan disampaikan oleh Profesor Dr Abdul Somad Batubara. Majlis anjuran Jawatankuasa Takmir MRSB dan Nur ‘Elm Events itu antara lain memberi peluang sama-sama berkongsi ilmu melalui tazkirah yang disampaikan.