MRSB anjur tazkirah maya

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan tazkirah diikuti dengan sesi dialog dan silaturrahim maya melalui aplikasi Zoom dan Facebook live Streaming bertempat di Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB) hari ini.

Tazkirah yang bertajuk ‘Nilai Ibadah dan Usia’ diikuti dengan sesi dialog disampaikan oleh Profesor Ustaz Dr Abdul Somad Batubara. Turut menyertai dialog ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong; Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali dan Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menyertai tazkirah dalam talian.