MRSB teruskan aktiviti tadarus rumah ke rumah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jan – Jawatankuasa takmir dan jemaah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar telah meneruskan aktiviti bertadarus dari rumah ke rumah.

Aktiviti mingguan ini berlangsung di kediaman Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Acara diadakan selepas solat fardu Isyak berjemaah dengan dihadiri seramai 40 orang yang terdiri daripada jemaah MRSB dan penduduk Kampung Sungai Akar.

Aktiviti yang telah bermula pada 12 Ogos 2017 itu antara lain bertujuan untuk membudayakan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan bermasyarakat dan menambah erat hubungan silaturahim antara ahli-ahli takmir dan jemaah masjid.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan semasa menyertai aktiviti bertadarus tersebut.