Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    MS ABDB, Almerez bakal bertembung final futsal

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – MS ABDB dan Almerez FA telah berikrar akan memberikan prestasi terbaik sebelum pertemuan mereka yang amat dinanti-nantikan dalam final Piala Futsal Brunei 2022 di Kementerian Pertahanan pada 2 Ogos.

    Ia akan menandakan pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan dalam final walaupun mereka pernah beraksi sebelum ini dalam kejohanan tidak rasmi.

    Pengurus pasukan MS ABDB, Pengiran Haji Jufry bin Pengiran Haji Jaludin berkata, “Kami telah mempersiapkan skuad paling kuat mungkin, jadi kami akan berusaha yang terbaik dalam final.”

    Kejohanan akhir memberikan peluang kepada kedua-dua pasukan untuk memenangi trofi utama pertama di Brunei sejak Liga Futsal Brunei kali terakhir menganjurnya pada 2017.

    Ketika pasukan Malaysia Kuantan Rangers menjulang trofi pada tahun lalu, pasukan tempatan terakhir yang memenangi piala tersebut adalah Kota Junior pada 2016.

    Ketua Jurulatih Almerez FA, Pengiran Haji Kamarunsalehin bin Pengiran Haji Kamis berkata, “Sebagai seorang yang bukan sahaja jurulatih tetapi juga sebagai penggemar, kami telah lama menantikan untuk menyertai kejohanan ini.”

    Pengiran Haji Jufry juga berkongsi sentimen yang sama, “Sudah sekian lama sejak kami mengambil bahagian dalam kejohanan besar. Bola sepak ialah sukan kebangsaan dan sukan kegemaran dalam kalangan generasi muda, dengan futsal tidak terkecuali.”

    Sementara itu, Pengiran Haji Kamarunsalehin telah menyeru anak buahnya supaya memberikan tumpuan sepenuhnya semasa final nanti.

    Pusingan kedua final juga akan diadakan pada Jumaat ini di venue yang sama.

    Piala Futsal Brunei 2022 yang bakal jadi rebutan dalam kejohanan nanti.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...