Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    MS ABDB selesa dengan kelebihan dua gol

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – MS ABDB akan memulakan perlawanan timbal balik dalam peringkat suku akhir Piala FA Brunei 2022 dengan kelebihan dua gol selepas menundukkan MS PPDB 3-1 di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    MS PPDB memulakan langkah di awal permainan dengan kapten pasukan, Mohd Zulkhairi Haji Mohd Salleh cuba membuat jaringan dari jauh.

    Pihak tuan rumah kemudian mara ke dalam kotak, namun cubaan pertama Nazirrudin Haji Ismail tidak berjaya membuahkan sebarang hasil.

    Walaupun prestasi yang baik dipersembahkan pasukan tuan rumah, MS ABDB mendahului jaringan melalui Muhammad Hariz Danial bin Haji Khallidden yang merembat gol ke bucu gawang hasil daripada hantaran lintang pasukannya.

    Pasukan pelawat sekali lagi memberikan ancaman melalui sepakan Mohammad Abdul Firdaus Zoeleffndi walaupun dikawal rapi, namun penjaga gol MS PPDB, Salman Sinchun tangkas menepis serangan.

    MS ABDB, yang merupakan juara bertahan, menambah gol selepas Muhammad Rahimin Abdul Ghani menyempurnakan gol hasil daripada pertemuan antara Sinchun dan Mohd Hariz Danial. MS PPDB, cuba untuk merapatkan jurang gol melalui Nizamuddin @ Nurmanuddin Haji Ismail, namun percubaannya tersasar.

    Kedua-dua pasukan melakukan pertukaran pemain. Muhammad Farish Aryan Abdul Rahman digantikan dengan Muhammad Ridfi Meludin pada minit ke-19, manakala Muhammad Saiful Ammar Haji Adis digantikan dengan Radin Reimy tiga minit sebelum tamat babak pertama.

    Gol ketiga MS ABDB disumbangkan oleh Muhammad Rahimin selepas bersaing dengan Sinchun.

    Aksi pemain-pemain MS PPDB ketika menentang MS ABDB di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...