Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    MS ABDB, Shah United mara ke suku akhir

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – MS ABDB dan Shah United menjadi pasukan pertama mara ke peringkat kalah mati Piala Futsal Brunei 2022 selepas masing-masing memenangi perlawanan Kumpulan A di Kementerian Pertahanan kelmarin.

    Shah United membenam Creativol 7-1 manakala MS ABDB menjaringkan lima gol menewaskan GG FT tanpa balas pada perlawanan semalam.

    Shah United berpesta gol dalam masa tujuh minit perlawanan apabila Khalil Saab, Nor Azwar Zuwairey, Abdul Muiz Sharizan, Abdul Khabir Haji Ismail dan Mohd Fithratul Rahman kesemuanya mencatatkan nama sebagai penjaring.

    Jaringan Faris Wa’ie Sohardi dari Creativol pada minit ke-28 hanya sekadar membuktikan gol sagu hati.

    Manakala itu, penyerang MS ABDB, Awangku Muhammad Jumatatul Aleshahrezan bin Pengiran Metali meneruskan rentak permainan cemerlangnya selepas menyumbang hatrik untuk membawa pasukannya menang 5-0. Mohd Izzan Zamain dan Mohd Wajdi Arbi turut termasuk dalam senarai penjaring MS ABDB.

    Persaingan akan diteruskan lagi esok dalam Kumpulan C dengan Almerez FA menentang PES manakala Kota Ranger FC akan berdepan Silveredz FT.

    Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke suku akhir, yang akan bermula pada 13 Julai ini. Manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 19 Julai nanti.

    Barisan pemain Shah United semasa perlawanan menentang Creativol dalam kejohanan Piala Futsal Brunei 2022 kelmarin. – FABD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...