MS PPDB, DPMM FC berkongsi mata

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – MS PPDB sekali lagi menghasilkan persembahan cemerlang di Liga Super Brunei musim ini selepas bertarung seri 1-1 menentang pasukan baharu, DPMM FC di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong, hari ini.

DPMM FC selaku juara Liga Perdana Brunei tahun lalu, membuat persediaan mantap dengan pemain import baharu yang juga merupakan bekas pemain pertahanan Albirex Niigata (S), Shuhei Sasahara dan pemain muda Korea Selatan, Jho Choi, yang diberi kebenaran untuk bermain.

Walau bagaimanapun, MS PPDB membuktikan bahawa dengan kebolehan dan keinginan mereka serta perjuangan yang mereka tunjukkan semalam, membuktikan keputusan itu jauh daripada apa yang mereka usahakan.

Penyerang baharu DPMM FC, Abdul Azim Rashid bermain menentang bekas kelab beliau MS PPDB buat kali pertama sejak perpindahannya tetapi tidak menemui peluang jaringan dengan Pengiran Mu’izzuddin bin Pengiran Ismail juga menentang bekas kelabnya.

Tuan rumah kelihatan bermain dengan baik setelah Farish Aryan Abdul Rahman melakukan percubaan namun diselamatkan oleh Pengiran Mu’izzuddin.

Antara aksi menarik perlawanan MS PPDB menentang DPMM FC di Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis, Gadong.

MS PPDB membuktikan kebolehan mereka lebih awal dengan memperlihatkan permainan fizikal mereka dengan jelas ketika pemain sayap DPMM FC, Shafie Effendy dikawal dengan ketat.

Pemain muda DPMM FC, Afif Roshidi, salah seorang daripada tiga pemain yang berumur 18 tahun dalam barisan utama, berjaya menjaringkan gol pembukaan selepas kedua-dua rakan sepasukannya dan pertahanan lawan mencabar hantaran lintang.

Tetapi sejak jaringan itu, pasukan tuan rumah tidak pernah memberi mereka peluang mudah untuk mengawal bola dan kelihatan berbahaya setiap kali mereka melancarkan serangan.

MS PPDB hampir menemui gol penyamaan apabila percubaan Abdul Hafiz Haji Ahmad dari jarak jauh ke penjuru gawang berjaya digagalkan oleh Pengiran Mu’izzuddin.

Selepas serangan demi serangan daripada MS PPDB, akhirnya Mohammad Naim bin Haji Tarif berjaya menjaringkan gol penyamaan dua minit sebelum wisel penamat.