Friday, October 11, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    MSF sambung semula kerja di Aden, Yaman

    ADEN, 5 Mei – Doktor Tanpa Sempadan (MSF) menyambung semula kerja-kerja mereka di hospital bandar kedua Yaman, Aden hari ini selepas ditangguhkan sebulan berikutan penculikan dan pembunuhan seorang pesakit.

    MSF berhenti memasukkan pesakit awal bulan lalu apabila sekumpulan lelaki bersenjata mengancam kakitangan dan menculik seorang pesakit yang kemudian ditemui mati di sebatang jalan raya.

    “Hospital MSF Aden Trauma telah menyambung semula operasinya hari ini, selepas sebulan ditangguhkan berikutan insiden keselamatan yang berlaku di hospital yang mana seorang pesakit telah dibawa lari dari hospital dan ditemui dibunuh berhampiran,” katanya dalam Twitter.

    Bandar pelabuhan selatan Aden telah dijadikan sebagai pusat kerajaan Yaman sejak awal 2015, apabila Presiden Abedrabbo Mansour Hadi lari dari bandar Sanaa ketika berdepan pengambilalihan pemberontak.

    Pasukan gabungan tentera yang diketuai Saudi masuk campur dalam menyokong kerajaan ketika pemberontak Huthi mengepung Aden dan Hadi hidup dalam buangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda