Wednesday, April 17, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    M’sia akan sumbang 1.6 juta dos vaksin kepada Afghanistan

    KUALA LUMPUR, 16 MAC – Malaysia akan menyumbang sebanyak 1.6 juta dos vaksin kepada Afghanistan dalam usaha membantu negara yang sedang bergolak itu, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.

    Bagaimanapun, Kamarudin berkata perkara itu masih lagi dalam proses rundingan dengan pihak penguasa di Afghanistan.

    “Semalam, satu rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berlepas yang membawa lebih kurang sebanyak AS$50,000 dari segi tunai yang akan dibelanja atau diguna pakai untuk membeli barangan di Pakistan atau Afghanistan itu sendiri,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang ingin tahu nilai bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan setakat ini kepada rakyat Afghanistan dan bentuk bantuan yang akan diberikan dalam setahun yang akan datang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...