M’sia catat 1 kematian, 134 kes baharu

PUTRAJAYA, 13 APRIL – Situasi COVID-19 di negara ini menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah pesakit yang pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad hari ini berjumlah 168 orang, melebihi jumlah kes positif baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sehingga pukul 12 tengah hari ini, terdapat 134 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 4,817 kes.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan discaj dari wad adalah 2,276 kes atau 47.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini juga adalah melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan,” katanya. – Bernama