M’sia catat 110 kes COVID-19

PUTRAJAYA, 16 APRIL – Kes positif harian COVID-19 kembali meningkat kepada tiga angka dengan 110 kes baharu setakat 12 tengah hari ini, berbanding 85 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,182 kes.

Bagaimanapun beliau berkata, bilangan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini sebanyak 119, melebihi bilangan kes baharu yang dilaporkan. – Bernama