M’sia catat 18 kes positif baharu

PUTRAJAYA, 9 MAC – Sebanyak 18 kes baharu COVID-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 117 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Satu daripada kes baharu iaitu kes 101 melibatkan seorang lelaki baru pulang dari Iran.

“Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Februari sehingga 27 Februari 2020. Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020.

“Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.  -Bernama