M’sia catat 2,062 kes baharu

KUALA LUMPUR, 22 DIS – Kes harian COVID-19 dalam negara terus menyaksikan empat angka iaitu sebanyak 2,062 kes, dengan Selangor menyumbangkan hampir separuh daripada jumlah kes, iaitu sebanyak 1,014 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka-angka terbaharu itu menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini sebanyak 97,389 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 17,646 kes.

Kata beliau, satu kes kematian dicatatkan pada hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu adalah 439 kes (0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).“ – Bernama