Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    M’sia catat 4 lagi kematian, 212 kes baharu

    PUTRAJAYA, 23 MAC – Terdapat empat kes kematian baru berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah 14 kes, pada ketika terdapat 212 kes baharu dengan jumlah kes positif 1,518.

    Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Nor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1070 melibatkan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz, sebelum meninggal dunia semalam.

    “Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun lelaki warganegara Malaysia jemaah tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang. Beliau meninggal dunia hari ini,” katanya pada sidang media.

    Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006, lelaki warganegara Malaysia berumur 49 tahun. Mangsa dirawat di Hospital Umum Sarawak itu, merupakan anak kepada kes ke-1031 dan disahkan meninggal dunia hari ini. “Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun, perempuan warganegara Malaysia kontak rapat dengan kes kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri juga meninggal dunia hari ini,” katanya. -Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda