M’sia catat 4,765 kes baharu COVID-19

KUALA LUMPUR, 12 MEI – Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan peningkatan kepada 4,765 kes daripada 3,973 kes semalam, menjadikan kes kumulatif COVID-19 di dalam negara ini kini mencecah 453,222.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata, daripada jumlah kes baharu itu Selangor masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 2,082 kes.

Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 14 kes baharu tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan manakala satu kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian India B.1.617.2 dilaporkan telah meninggal dunia. – Bernama