M’sia catat 801 kes baharu

PUTRAJAYA, 28 OKT – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejumlah 801 kes baharu COVID-19 dicatat hari ini dan 81 peratus daripadanya disumbang oleh negeri yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata sejumlah 546 kes dikesan di Sabah manakala negeri di sekitar Lembah Klang mencatatkan 103 kes dengan Selangor sebanyak 89 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 14 kes. Selain itu, Negeri Sembilan mencatatkan 24 kes, Labuan (29), Sarawak (27), Pulau Pinang (19), Perak (enam), Johor (8), Kedah (28) dan Terengganu (11). – Bernama