M’sia catat 88 kes baharu COVID-19

PUTRAJAYA, 24 APRIL – Bilangan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan secara harian di Malaysia terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila kekal mencatat kadar dua angka dengan 88 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes harian dua angka itu yang memasuki hari kelapan berturut-turut juga melibatkan 13 kes import, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,691 kes. – Bernama