M’sia digesa timbang ‘travel bubble’

KUALA LUMPUR, 21 JUN – Penganjur acara perdagangan industri, Informa Markets menggesa kerajaan menimbang membuka semula sempadan bagi pengembara perniagaan dari negara-negara yang telah berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan Kumpulan Perniagaan ASEANnya M Gandhi berkata pelaksanaan ‘travel bubble’ bagi pengembara perniagaan antarabangsa akan membantu merangsang ekonomi Malaysia.

Menurutnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia turun kepada 0.7 peratus pada suku pertama 2020 berbanding 4.5 peratus dalam suku yang sama tahun lepas apabila pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara terjejas oleh pandemik tersebut dan seterusnya oleh  pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lebih awal kita boleh bawa kembali perdagangan antarabangsa ke Malaysia, lebih pantas kita akan pulih,” katanya kepada Bernama.