Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    M’sia dijangka saksi peningkatan besar transformasi digital

    KUALA LUMPUR, 2 MAC – Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan yang lebih besar  dalam transformasi digital dan kepercayaan digital dalam kalangan masyarakat, dipacu oleh pelaburan baharu daripada Amazon Web Services (AWS) bernilai RM25.5 bilion dalam tempoh 15 tahun untuk infrastruktur serantau baharunya di Malaysia.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaburan teknologi antarabangsa terbesar setakat ini di dalam negara seterusnya akan membawa kepada inovasi dan pelaburan yang lebih signifikan di Malaysia, sekali gus mendorong negara untuk benar-benar menjadi pusat data dan hab digital Asia Tenggara untuk rantau ini.

    “Dengan membawa akses kepada infrastruktur AWS yang bertaraf dunia, teknologi canggih dan program kemahiran digital termaju ke Malaysia akan membuka peluang untuk perniagaan tempatan membina dan berkembang ke peringkat global, memupuk tenaga kerja yang digerakkan secara digital, merangsang penciptaan pekerjaan dan menyediakan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

    “Pengumuman hari ini adalah undi keyakinan dan sokongan terhadap kepimpinan Malaysia dalam ekonomi digital global, dan kita berharap dapat memperdalam kerjasama kita dengan AWS untuk memajukan cita-cita ekonomi digital negara kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan menerusi rakaman video di majlis AWS Malaysia Cloud Day di sini hari ini.

    Anwar berkata pelaburan itu juga akan memajukan wawasan Malaysia MADANI iaitu ekonomi berkemahiran tinggi, inovatif, inklusif dan mampan yang mana kekayaan dikongsi dengan lebih saksama.

    “Hari ini, kita telah melihat sejumlah besar syarikat Malaysia – daripada syarikat pemula sehingga kepada perusahaan – mengubah perkhidmatan dan proses masing-masing dan menghasilkan inovasi yang lebih besar, pemprosesan data yang lebih selamat dan kos operasi yang lebih rendah dengan penyedia perkhidmatan Awan (Cloud)  seperti AWS.

    “Petronas adalah contoh terbaik bagaimana sebuah organisasi terkemuka Malaysia mempercepatkan perjalanan transformasi digitalnya dengan memanfaatkan kuasa awan untuk memodenkan ITnya, memacu operasi yang lebih pintar dan keputusan yang lebih pantas melalui pemahaman daripada analisis data, dan membina aplikasi digital baharu seperti Petronas SETEL untuk meningkatkan pengalaman pelanggan,” katanya. – Bernama

    Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan secara maya semasa Pengemaskinian Perniagaan oleh Amazon Web Services (AWS) di sebuah hotel kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...